PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK
Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal. Kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota -anggota dan perawakan manusia (Woolfolk & Margetts, 2007). Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks .
Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978) Secara langsung perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan dan permainan. Jika kanak-kanak tersebut tidak dapat bersaing, ia mungkin mengakibatkan mereka disisih daripada kumpulan rakan sebaya mereka. Secara tidak langsung, perkembangan fizikal mempengaruhi keyakinan terhadap diri sendiri dan orang lain. Kanak-kanak yang disisih daripada kumpulan mungkin mempengaruhi perkembangan personalitinya.
Pertumbuhan, kemahiran psikomotor, struktur badan dan otak menjadi asas perkembangan kognitif dan emosi. Perkembangan fizikal kanak-kanak merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak. Menurut kurikulum Prasekolah Kebangsaan ( Kementerian Pendidikan Malaysia 2003 ), perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Proses ini juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunaakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti sehari-hari.
Kesimpulannya, setiap perkembangan fizikal adalah berkaitan antara satu sama lain iaitu daripada perkembangan dan pertumbuhan tubuh badan dengan perkembangan otak seorang manusia itu. Perkembangan fizikal ini juga mempunyai tahap-tahap perkembangan tertentu yang menunjukkan peningkatan perkembangan seseorang kanak-kanak itu dalam tempoh untuk mencapai umur dewasa semenjak dari dilahirkan lagi. Melalui perkembangan fizikal ini juga banyak yang dapat dihuraikan tentang proses tumbesaran dan pertumbuhan kanak-kanak dan kita juga dapat mengetahui pelbagai perlakuan kanak-kanak mengikut peningkatan dan tahap umur mereka.
Contoh aktiviti yang boleh dilakukan untuk perkembangan kanak -kanak
perkembangan motor kasar |
No comments:
Post a Comment